Menjawab tunang Saiful Bukhari
Kebetulan saya terjumpa dengan blog milik tunang Saiful Bukhari, pemuda yang membuat laporan polis terhadap DSAI dan mendakwa diliwat olehnya. Saya tidak akan membuat pautan luar kepada blog tersebut, kerana menghormati statusnya sebagai tunang kepada Saiful Bukhari dan ingin memberikannya sedikit private space (ruangan peribadi) untuk tidak dikaitkan dengan isu ini. Namun saya ingin mengulas kenyataannya yang ditulis di dalam Bahasa Inggeris seperti berikut:
i am well aware of the monstrous battle that is looming ahead. we will weather it out. insyallah we will come thru alright. no matter how long it takes. justice will prevail.
Ini seolah-olah dia membayangkan bahawa dia juga turut bersetuju dengan dakwaan yang dibuat oleh tunangnya. Harus diakui bahawa saya kagum dengan kesetiaannya mempertahankan maruah tunangnya tetapi dakwaan yang dibuat oleh tunangnya begitu serius dan tidak mungkin sesiapa pun akan mempercayai cerita Sodomi Part 2 ini. No matter how admirable your stand is, the fact remains that the odds are against you. Saya berharap saudari sedar akan hakikat ini dan meminta tunang saudari menarik balik fitnah yang telah dilemparkan terhadap DSAI.



