Pendapat Kritis

RSS Feed
Kedai Online

Kekalahan perlawanan akhir badminton di Olimpik 2008

Saya agak kecewa dengan mutu permainan dan persembahan yang ditunjukkan oleh Lee Chong Wei di perlawanan akhir badminton melawan pemain dari Negara Cina, Lin Dan. Saya menjangkakan bahawa sekalipun kalah, ia akan berlarutan sehingga set ke-3. Tetapi kekalahan seperti ini adalah amat memalukan dan tidak sama sekali menunjukkan bahawa beliau adalah Pemain No 2 Dunia dan jauh sekali daripada aksi memberangsangkan yang ditunjukkan oleh beliau sebelum melangkah ke perlawanan akhir. Jelas bahawa tekanan terlalu menggunung untuk dihadapi oleh Lee Chong Wei pada detik-detik terakhir permainan set ke-2.

Maka hampalah kami melihat lagu “Negaraku” berkumandang dan terpaksalah berpuas hati dengan pingat perak sahaja.

Komen Anda? 2
17 Aug