
Tokoh wartawan negara dan pejuang kebangsaan yang amat disanjungi, Tan Sri A. Samad Ismail telah kembali ke rahmatullah di bulan Ramadan yang penuh keberkatan Ilahi dan telah dikebumikan semalam. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah s.w.t.
06 Sep

Pagi tadi saya mendapat berita sedih bahawa nyayi* saya, Hajjah Suriah binti Haji Siraj, telah meninggal dunia awal pagi tadi. Inna lillahi wa inna ilayhi raaji’un. Dari Allah s.w.t. kita datang dan apabila tiba masanya, kita akan pulang ke pangkuan-Nya. Malangnya saya tidak dapat hadir pada masa pengebumian yang dijangka akan dilaksanakan pada pagi ini sebelum Zohor disebabkan tugasan tertentu yang tidak dapat dielakkan.
Bagi memperingati nyayi saya, tempoh berkabung adalah sehingga hari Sabtu ini. Tiada tulisan baru akan dipamerkan dalam tempoh tersebut.
* bermaksud “nenek” dalam bahasa Jawa dan merupakan nama panggilan yang biasa digunakan dalam keluarga untuk merujuk kepadanya, termasuk saya sendiri.
26 Jun