Pendapat Kritis

RSS Feed

Hukuman murtad di dalam Islam

Hukuman mengenai pesalah murtad di dalam Islam adalah jelas dan tiada keraguan baginya. Namun masih ada pihak yang sering cuba untuk mempertikaikan hakikat ini. Kadangkala saya berasa hairan mengapa mereka yang mengaku diri mereka sebahagian daripada umat Islam cuba untuk berdolak-dalih atau menafikan terus perkara tersebut. Setiap hukum Allah s.w.t. jelas ada hikmahnya. Terdapat kenyataan mengenainya melalui firman Allah di dalam Al-Qur’an:

Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu [Surah al-Maidah 5:3]

Perlu diingat bahawa untuk menjadi seorang Muslim yang sejati, kita perlu berpegang pada Al-Qur’an dan Sunnah Nabi s.a.w., dan bukan berdasarkan tanggapan semata-mata apabila membincangkan soal agama mahupun “akhlak yang baik”. Islam adalah agama yang syumul, malah adab berpidato juga ada dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. Dengan mengamalkan ajaran tersbut dengan sebaik-baiknya barulah kita dapat menyerlahkan keindahan agama Islam kepada umat-umat lain.

Tags: , , ,
Komen Anda? 0
14 Jun