Kembali ke rahmatullah

Pagi tadi saya mendapat berita sedih bahawa nyayi* saya, Hajjah Suriah binti Haji Siraj, telah meninggal dunia awal pagi tadi. Inna lillahi wa inna ilayhi raaji’un. Dari Allah s.w.t. kita datang dan apabila tiba masanya, kita akan pulang ke pangkuan-Nya. Malangnya saya tidak dapat hadir pada masa pengebumian yang dijangka akan dilaksanakan pada pagi ini sebelum Zohor disebabkan tugasan tertentu yang tidak dapat dielakkan.
Bagi memperingati nyayi saya, tempoh berkabung adalah sehingga hari Sabtu ini. Tiada tulisan baru akan dipamerkan dalam tempoh tersebut.
* bermaksud “nenek” dalam bahasa Jawa dan merupakan nama panggilan yang biasa digunakan dalam keluarga untuk merujuk kepadanya, termasuk saya sendiri.

Semoga di akhirat digolongkan dalam golongan yang bertaqwa
Komen ditulis oleh Fahmishah — June 27, 2008 @ 12:08 pm