Pendapat Kritis

RSS Feed
Kedai Online

Menentang pemerintah yang zalim

Terdapat sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh al-Bukhari yang menyatakan “bercakap benarlah kepada seorang pemerintah yang zalim”. Bukan semua orang mampu untuk berbuat demikian, maka di dalam Islam ini adalah sesuatu yang bukan sahaja digalakkan, tetapi juga suatu perkara yang berani. Di dalam konteks Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berpelembagaan, kita sudah melihat rakyat sudah mula bersuara menentang “pemerintah yang zalim” itu melalui peti undi pada 8 Mac yang lepas. Masalahnya sekarang pemerintah di peringkat Pusat barangkali tidak faham atau sengaja memekakkan telinga kepada masalah rakyat dengan menaikkan kadar petrol kepada RM2.70 baru-baru ini.

Maka di atas kesedaran ini, pada 13 Jun 2008 (Jumaat), dijangka 20 ribu rakyat akan menyertai Himpunan Aman Membantah Kenaikkan Harga Minyak. Perhimpunan akan bermula dari Masjid Kg. Baru dan akan berarak sehingga ke Suria KLCC. Sebagai tanda solidariti dan kemarahan rakyat pakailah baju MERAH! Ya, MERAH itu adalah lambang keberanian dan semangat yang membara, ia juga adalah lambang untuk menunjukkan ketegasan dan keseriusan kita dalam membantah kenaikkan harga minyak ini.

Datanglah beramai-ramai dan tunjukkanlah penentangan kita kepada pemerintah yang zalim ini!

12 Jun

Tiada komen »

Tiada komen yang ditinggalkan.

Tinggalkan komen anda