Ironi?
Adalah sesuatu yang ironi apabila Petronas diiktiraf sebagai syarikat ke-8 paling untung di dunia tetapi rakyat perlu membayar harga minyak yang mahal.
Petronas syarikat ke-8 paling untung di dunia
Oleh Suffian A Bakar
suffian@bharian.com.myPETRONAS berada di kedudukan kelapan senarai syarikat paling untung di dunia dan yang pertama di Asia tahun lalu dalam senarai Fortune Global 500 majalah perniagaan Fortune.
Syarikat petroleum kebangsaan berkenaan yang dalam nilai dolar Amerika Syarikat (AS) meraih keuntungan AS$18.118 bilion tahun lalu, mengatasi syarikat terkemuka dunia lain seperti Microsoft, Toyota, Bank of America, Total dan JP Morgan.
Senarai syarikat paling untung di dunia itu didahului oleh Exxon Mobile diikuti Royal Dutch Shell, General Electric, BP, Gazprom, HSBC Holdings dan Chevron.
Apa gunanya Petronas mendapat keuntungan berlipat kali ganda sekalipun jika rakyat tidak menerima faedahnya?




Tiada komen »
Tiada komen yang ditinggalkan.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL
Tinggalkan komen anda