Pendapat Kritis

RSS Feed
Kedai Online

Apabila pendatang menjadi isu

Apabila sebuah parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam dan hak bangsa Melayu (tetapi sebenarnya mendokong fahaman assabiyyah) memainkan isu perkauman dan menganggap kaum lain sebagai “pendatang”, maka amat jelas pada saya bahawa mereka mengharapkan untuk meraih simpati orang Melayu/Islam dan bermain dengan sentimen untuk menarik sokongan kepada mereka. Sejarah sememangnya tidak menafikan bahawa bangsa Melayu adalah penduduk asal di Tanah Melayu/Malaya yang kemudiannya dikenali sebagai Malaysia selepas kemasukan Sabah/Sarawak/Singapura, tetapi tegaknya bangsa Melayu di sini adalah kerana Islam yang dipertahankan dan nilai-nilai Syariah yang ditegakkan, bukannya disebabkan ketaksuban kepada sesuatu bangsa dan melabel orang lain sebagai “pendatang”.

Zaman telah berubah dan politik perkauman sudah hilang taringnya. Jika mereka yang berfahaman assabiyyah tidak memahami hakikat ini maka akan tiba masanya apabila mereka dinyahkan daripada Putrajaya.

09 Sep

1 komen »

  1. Jika UMNO memperjuangkan Asobiyah. Maka Jangan ditolak dan iakan je la bahawa PAS pula memperjuangkan fahaman Khawarij. :)

    [MENJ: Tahniah kerana anda sudah mengaku bahawa UMNO adalah parti asabbiyyah! Maka tidak perlulah kita melayan tuduhan palsu anda terhadap PAS.]

    Komen by masterkritik — September 16, 2008 @ 6:15 pm

Tinggalkan komen anda