Pendapat Kritis

RSS Feed

Kekalahan perlawanan akhir badminton di Olimpik 2008

Saya agak kecewa dengan mutu permainan dan persembahan yang ditunjukkan oleh Lee Chong Wei di perlawanan akhir badminton melawan pemain dari Negara Cina, Lin Dan. Saya menjangkakan bahawa sekalipun kalah, ia akan berlarutan sehingga set ke-3. Tetapi kekalahan seperti ini adalah amat memalukan dan tidak sama sekali menunjukkan bahawa beliau adalah Pemain No 2 Dunia dan jauh sekali daripada aksi memberangsangkan yang ditunjukkan oleh beliau sebelum melangkah ke perlawanan akhir. Jelas bahawa tekanan terlalu menggunung untuk dihadapi oleh Lee Chong Wei pada detik-detik terakhir permainan set ke-2.

Maka hampalah kami melihat lagu “Negaraku” berkumandang dan terpaksalah berpuas hati dengan pingat perak sahaja.

Komen Anda? 2
17 Aug

Asalkan Jerman kalah

Sebenarnya saya tidak mengikuti sangat perkembangan pertandingan bolasepak Euro 2008 disebabkan pasukan yang saya benar-benar sokong (England) tidak ada dalam pertandingan kali ini. Namun saya telah mengikuti perlawanan akhir antara Sepanyol lwn Jerman dan saya amat berpuas hati dengan permainan yang ditunjukkan oleh Sepanyol. Walaupun saya bukannya peminat pasukan Sepanyol, tetapi kemenangan yang diraih oleh mereka memang patut dimiliki.

Asalkan bukan Jerman yang menang.

Komen Anda? 0
30 Jun