Pendapat Kritis

RSS Feed

Kenyataan TG Nik Aziz mengenai peralihan kuasa 16/9

RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA

1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.

2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskan oleh Muktamar secara “standing ovation”.

3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.

(Selanjutnya…)

Komen Anda? 0
17 Sep

Menunggu pertukaran kerajaan 16/9

Kita menunggu dengan sabar detik di mana akhirnya pemerintahan Putrajaya beralih tangan daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat yang diketuai DSAI. Saya yakin bahawa inilah saat yang ditunggu oleh seluruh rakyat Malaysia, dan langkah ke Putrajaya sudah semakin hampir. Walaupun tiada perubahan kerajaan pada hari ini, namun peralihan kuasa akan tetap berlaku juga pada masa terdekat ini kerana rakyat umumnya sudah muak dengan mentaliti civil servant penguasa sekarang ini yang terkenal dengan “menantu” dan “tidur” sahaja.

Nyahlah Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, mara terus!

Komen Anda? 0
16 Sep

Petisyen tidak ada kaitan dengan azan

Selepas saya membaca petisyen asal yang dikemukakan oleh para penduduk bukan Islam di sekitar kawasan Bandar Kinrara Seksyen 5, saya mendapati bahawa persoalan mengenai laungan azan langsung tidak ditimbulkan, sebaliknya ia adalah berkaitan dengan kuliah subuh dan ceramah maghrib yang dibunyikan terlalu kuat dan menganggu ketenteraman penduduk di sekitarnya. Walaupun saya berpendapat bahawa isu ini adalah terlalu remeh untuk ia dikemukakan sebagai suatu petisyen (sebaiknya wakil penduduk berjumpa dengan pihak masjid untuk menyelesaikan masalah ini) namun disebabkan isu ceramah di waktu-waktu tertentu dikelirukan dengan laungan azan sehingga menyebabkan YB Teresa Kok, ADUN Kinrara dari DAP, ditangkap di bawah akta ISA, maka seharusnya pihak yang terlibat, terutamanya mereka dari UMNO yang cuba memainkan sentimen perkauman dengan polemik ini, merujuk kembali petisyen asal yang dibuat.

Adakah ahli-ahli UMNO tidak mampu untuk membezakan antara laungan azan dengan kuliah/ceramah Subuh dan Maghrib?

Komen Anda? 5
14 Sep

DSAI bersumpah

Akhirnya seperti yang diminta oleh sesetengah pihak, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah pun bersumpah….tetapi bersumpah di dalam Parlimen sebagai anggota Dewan Rakyat mewakili kawasan Parlimen P44 Permatang Pauh.

Komen Anda? 0
29 Aug

Kemenangan besar untuk DSAI

Memang dijangkakan bahawa DSAI akan menang di Permatang Pauh, tetapi saya tidak menyangka bahawa ia adalah dengan majoriti landslide dengan jumlah yang begitu besar. 31,195 undi bukannya jumlah yang sedikit.

Tahniah kepada DSAI di atas kejayaan ini. Rakyat bersama anda! Terus mara ke Putrajaya!

Komen Anda? 0
26 Aug

“Sumpah liwat” memakan diri

Nampaknya “sumpah” yang dilafazkan oleh Saiful Bukhari telah mula menunjukkan kesannya dengan izin Allah ta’ala…tetapi ia memakan dirinya sendiri. Saya ingin mengucapkan syukur alhamdulillah dan syabas kepada imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Ramlang Pohigi, yang mendedahkan konspirasi terhadap Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dirancang oleh Timbalan Perdana Menteri.

Saksikan sendiri pendedahan yang dibuat oleh Ustaz Ramlang.

Komen Anda? 2
25 Aug