Pendapat Kritis

RSS Feed

Datuk Shah Rukh Khan?

Saya kurang pasti apakah sumbangan atau ketimbang merit yang dimiliki oleh beliau kepada negeri Melaka khasnya dan Malaysia umumnya yang melayakkan Shah Rukh Khan untuk menerima gelaran “Datuk”. Memang diakui bahawa beliau merupakan seorang pelakon Bollywood yang terkenal tetapi apakah sumbangannya kepada Malaysia selama ini? Adakah ia setakat menghiburkan rakyat dengan lagu Kuch Kuch Hota Hai?

Komen Anda? 8
10 Oct

Petisyen tidak ada kaitan dengan azan

Selepas saya membaca petisyen asal yang dikemukakan oleh para penduduk bukan Islam di sekitar kawasan Bandar Kinrara Seksyen 5, saya mendapati bahawa persoalan mengenai laungan azan langsung tidak ditimbulkan, sebaliknya ia adalah berkaitan dengan kuliah subuh dan ceramah maghrib yang dibunyikan terlalu kuat dan menganggu ketenteraman penduduk di sekitarnya. Walaupun saya berpendapat bahawa isu ini adalah terlalu remeh untuk ia dikemukakan sebagai suatu petisyen (sebaiknya wakil penduduk berjumpa dengan pihak masjid untuk menyelesaikan masalah ini) namun disebabkan isu ceramah di waktu-waktu tertentu dikelirukan dengan laungan azan sehingga menyebabkan YB Teresa Kok, ADUN Kinrara dari DAP, ditangkap di bawah akta ISA, maka seharusnya pihak yang terlibat, terutamanya mereka dari UMNO yang cuba memainkan sentimen perkauman dengan polemik ini, merujuk kembali petisyen asal yang dibuat.

Adakah ahli-ahli UMNO tidak mampu untuk membezakan antara laungan azan dengan kuliah/ceramah Subuh dan Maghrib?

Komen Anda? 6
14 Sep

Apabila pendatang menjadi isu

Apabila sebuah parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam dan hak bangsa Melayu (tetapi sebenarnya mendokong fahaman assabiyyah) memainkan isu perkauman dan menganggap kaum lain sebagai “pendatang”, maka amat jelas pada saya bahawa mereka mengharapkan untuk meraih simpati orang Melayu/Islam dan bermain dengan sentimen untuk menarik sokongan kepada mereka. Sejarah sememangnya tidak menafikan bahawa bangsa Melayu adalah penduduk asal di Tanah Melayu/Malaya yang kemudiannya dikenali sebagai Malaysia selepas kemasukan Sabah/Sarawak/Singapura, tetapi tegaknya bangsa Melayu di sini adalah kerana Islam yang dipertahankan dan nilai-nilai Syariah yang ditegakkan, bukannya disebabkan ketaksuban kepada sesuatu bangsa dan melabel orang lain sebagai “pendatang”.

Zaman telah berubah dan politik perkauman sudah hilang taringnya. Jika mereka yang berfahaman assabiyyah tidak memahami hakikat ini maka akan tiba masanya apabila mereka dinyahkan daripada Putrajaya.

Komen Anda? 1
09 Sep

Istilah “blogawan”

Saudara Hasbullah Pit ada menyebut mengenai istilah blogawan untuk merujuk kepada para penulis yang mengemaskini sesuatu laman web secara berkala mengikut format diari. Walaupun saya menghargai usaha saudara Hasbullah untuk memartabatkan Bahasa Melayu (ingat, bukan Bahasa Malaysia!) namun saya kurang setuju dengan penggunaan istilah ini dan saya lebih selesa menggunakan istilah “penulis blog” sehingga Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan istilah yang benar-benar rasmi dan tersenarai di dalam Kamus Dewan.

“Blogawan” pada pengamatan saya tidak berapa sesuai, malah seolah-olah berunsur lucah pula. Fikirkan sendiri kenapa :mrgreen:

Komen Anda? 2
31 Aug

Mari berjihad cara UMNO!

Komen Anda? 0
24 Aug