Pendapat Kritis

RSS Feed
Kedai Online

Istilah “blogawan”

Saudara Hasbullah Pit ada menyebut mengenai istilah blogawan untuk merujuk kepada para penulis yang mengemaskini sesuatu laman web secara berkala mengikut format diari. Walaupun saya menghargai usaha saudara Hasbullah untuk memartabatkan Bahasa Melayu (ingat, bukan Bahasa Malaysia!) namun saya kurang setuju dengan penggunaan istilah ini dan saya lebih selesa menggunakan istilah “penulis blog” sehingga Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan istilah yang benar-benar rasmi dan tersenarai di dalam Kamus Dewan.

“Blogawan” pada pengamatan saya tidak berapa sesuai, malah seolah-olah berunsur lucah pula. Fikirkan sendiri kenapa :mrgreen:

Komen Anda? 2
31 Aug

Mari berjihad cara UMNO!

Komen Anda? 0
24 Aug

ADUN Pantai Jerjak membuka bilik basikal?

Itulah sangkaan saya pada mulanya apabila saya terlihat notis di sebelah kanan laman web beliau.

Rupanya maksud beliau adalah Bilik Gerak dan bukannya Bilik Gerek*. Kesilapan yang agak kecil tetapi mempunyai maksud yang lain apabila dibaca dalam kerangka fahaman bahasa utara terutamanya di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Nasib baik ia tidak ditulis sebagai Bilik Garit*…..

Nota Kaki:
Gerek = Basikal
Garit = Gatal

Teg: , ,
Komen Anda? 2
01 Aug

Menunggu hari pertunangan

Sabtu ini, insya’ Allah akan dilangsungkan pertunangan saya dengan Awin. Segala persiapan sudah dijalankan dan barang-barang hantaran sudah dibeli. Hati berdebar menunggu saat itu, berasa sedikit cemas tetapi saya ingin meneruskannya kerana saya sedar hubungan harus diteruskan ke peringkat berikutnya.

Komen Anda? 0
18 Jul

Maksud B.N. yang pelbagai

Memang lucu apabila Ustaz Akhil Hayy, seorang bekas rockers yang kini menjadi pendakwah, memberikan tafsirannya sendiri yang pelbagai mengenai maksud akronim “B.N.”

Komen Anda? 3
15 Jul

Tidak wujud “Perjanjian Pangkor II”

Sesungguhnya memang jelas bahawa perangai manusia-manusia di dalam UMNO ini adalah seperti orang kafir dan orang Yahudi yang suka mengapi-apikan sentimen perkauman dan melaga-lagakan umat Islam sesama sendiri. Tidak wujud sama sekali “Perjanjian Pangkor II” seperti yang diwar-warkan oleh mereka, and perkara ini sudah dinafikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

MB Perak nafi ada Perjanjian Pangkor II

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan dakwaan ada ‘Perjanjian Pangkor II’, persetujuan bertulis antara beliau dengan pemimpin DAP negeri yang antara lain melarang beliau mengatakan Perak diperintah oleh Islam.

Beliau berkata, dakwaan liar itu datang daripada individu di luar parti Pakatan Rakyat, bukannya orang dalam.

Katanya, pemimpin ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat di Perak, iaitu DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bekerjasama secara harmoni dan saling mempercayai.

“Dalam mesyuarat Exco, pemimpin DAP tidak pernah membangkitkan soal pemerintahan Islam di negeri ini.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya kewujudan ‘Perjanjian Pangkor II’,” katanya kepada pemberita di sini, semalam, mengulas laporan akhbar mengenai kewujudan perjanjian itu.

Memang menjadi dasar penyagak UMNO yang suka berbohong. Hapuskan UMNO dari muka bumi dan insya Allah, Islam akan selamat. ALLAHU AKBAR!

Komen Anda? 3
14 Jul