Pendapat Kritis

RSS Feed
Kedai Online

Pengecut tidak akan dilayan

Ibarat “baling batu, sembunyi tangan”, ada beberapa orang penulis komentar yang telah meninggalkan “najis” mereka di ruangan komentar blog ini, dengan tujuan menyerang peribadi dan fikrah saya yang jelas berpandukan prinsip dan agama. Tidak seperti mereka yang suka bermuka-muka, mungkin mereka mengharapkan bahawa saya akan melayan karenah mereka yang kebudak-budakan dengan serangan tidak berasas yang begitu stupid, mengikut pengamatan saya. Sekalipun kebebasan berpendapat tidak harus dikekang, namun saya merasakan bahawa jika mereka ini diberikan peluang untuk “bercakap” sekalipun, ia tidak akan mendatangkan apa-apa faedah kepada pengunjung mahupun kepada saya.

Oleh itu saya telah membuat keputusan bahawa pengecut-pengecut ini tidak akan dilayan dan sebarang komentar yang mereka tinggalkan di sini akan dipadam tanpa sebarang amaran. Ingat, saya adalah “tuan rumah” dan saya berhak untuk menendang keluar manusia bacul seperti anda yang hanya tahu menghina tetapi tidak berani mengeluarkan kenyataan di depan saya menggunakan nama sebenar.

Komen Anda? 1
24 Aug

Perubahan

Seperti yang telah dijanjikan sebelum ini, ada perubahan yang berlaku kepada blog ini. Tentunya ia kelihatan lebih segar dan warna biru memang adalah sesuai dengan citarasa dan konsep keseluruhan blog ini. Bukan itu sahaja, malah jatidiri dan halatuju blog ini lebih jelas dengan logo baru yang anda boleh lihat di atas. Kembali kepada mauduk, kalau ingin mengungkap kembali kata-kata yang sering dilafazkan oleh DSAI.

Jika anda ada komen mengenai perubahan ini, sila tinggalkan komen anda di ruangan komentar.

Komen Anda? 0
19 Aug

Menunggu hari pertunangan

Sabtu ini, insya’ Allah akan dilangsungkan pertunangan saya dengan Awin. Segala persiapan sudah dijalankan dan barang-barang hantaran sudah dibeli. Hati berdebar menunggu saat itu, berasa sedikit cemas tetapi saya ingin meneruskannya kerana saya sedar hubungan harus diteruskan ke peringkat berikutnya.

Komen Anda? 0
18 Jul

Kembali ke rahmatullah

Pagi tadi saya mendapat berita sedih bahawa nyayi* saya, Hajjah Suriah binti Haji Siraj, telah meninggal dunia awal pagi tadi. Inna lillahi wa inna ilayhi raaji’un. Dari Allah s.w.t. kita datang dan apabila tiba masanya, kita akan pulang ke pangkuan-Nya. Malangnya saya tidak dapat hadir pada masa pengebumian yang dijangka akan dilaksanakan pada pagi ini sebelum Zohor disebabkan tugasan tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Bagi memperingati nyayi saya, tempoh berkabung adalah sehingga hari Sabtu ini. Tiada tulisan baru akan dipamerkan dalam tempoh tersebut.

* bermaksud “nenek” dalam bahasa Jawa dan merupakan nama panggilan yang biasa digunakan dalam keluarga untuk merujuk kepadanya, termasuk saya sendiri.

Komen Anda? 1
26 Jun

Cincin pertunangan

Insya’Allah, cincin ini akan disarungkan kepada si gadis manis ini pada 20hb Julai ini di Pontian, Johor.

Harganya? Oh, tidak banyak….cuma dua ribu ringgit sahaja.

Komen Anda? 4
24 Jun

Tiada kemaskini

Saya meminta maaf kerana tidak dapat mengemaskini blog ini disebabkan masalah gangguan perkhidmatan internet Streamyx di rumah saya. Maka saya terpaksa “melompat” dari sana ke sini untuk mendapatkan sambungan internet melalui sistem WiFi yang disediakan oleh komputer riba saya di tempat-tempat seperti Starbucks dan sebagainya. Mungkin minggu depan barulah perkhidmatan internet jalur lebar di rumah saya akan pulih semula.

Kebetulan pula perkembangan politik tanah air pada masa kini amat menarik dengan kegiatan “lompat-melompat” juga.

Komen Anda? 1
20 Jun