Kebetulan saya terjumpa dengan gambar ini yang diambil oleh saya beberapa bulan yang lepas.
Keindahan struktur masjid dan rekabentuk yang terserlah Islamnya mencerminkan kemegahan dan kedudukan Islam di negara kita. Mustahil negara kita adalah sekular sifatnya!
Saya memanjatkan syukur dan munajat kepada Ilahi kerana forum yang dianjurkan oleh Majlis Peguam dan jelas mencabar kedudukan Islam sepertimana yang termaktub di dalam Artikel 121(1A) berjaya dihentikan seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Musuh-musuh Islam tidak akan berhenti menyerang Islam dari segenap penjuru dan kejayaan semalam harus diteruskan dengan tekad dan muhasabah, walaupun terpaksa menghadapi cabaran yang keras daripada anasir-anasir subversif seperti ini. Tentunya ia tidak akan berakhir di sini dan perjuangan menegakkan Islam masih belum selesai. Iyya na’budu muhliseena la hudeen, wa-law karihal kaafiruun!
Untuk mendalami fiqh mengenai demonstrasi di dalam Islam, boleh dirujuk di sini.
Alhamdulillah! Itu yang saya dapat ucapkan apabila mendapat tahu bahawa konsert Inul Darasita, yang terkenal dengan aksi lucah goyang gerudi/goyang ngebor dibatalkan di Malaysia. Reaksi Inul kepada pembatalan pertama, saya melihat agak ekstrim sedikit. Mengapakah beliau begitu emosional dan memberikan reaksi yang saya rasa tidak membayangkan suatu sikap yang profesional langsung?
Mereka memberikan alasan bahawa konsert Inul dibatalkan atas alasan “misteri”. Saya rasa memang tidak ada misteri langsung mengenai hal ini kerana kita sudah tahu apa sebabnya konsert Inul dibatalkan. Kami rakyat Malaysia tidak perlu akan aksi-aksi lucah seperti ini di sini!
Hukuman mengenai pesalah murtad di dalam Islam adalah jelas dan tiada keraguan baginya. Namun masih ada pihak yang sering cuba untuk mempertikaikan hakikat ini. Kadangkala saya berasa hairan mengapa mereka yang mengaku diri mereka sebahagian daripada umat Islam cuba untuk berdolak-dalih atau menafikan terus perkara tersebut. Setiap hukum Allah s.w.t. jelas ada hikmahnya. Terdapat kenyataan mengenainya melalui firman Allah di dalam Al-Qur’an:
Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu [Surah al-Maidah 5:3]
Perlu diingat bahawa untuk menjadi seorang Muslim yang sejati, kita perlu berpegang pada Al-Qur’an dan Sunnah Nabi s.a.w., dan bukan berdasarkan tanggapan semata-mata apabila membincangkan soal agama mahupun “akhlak yang baik”. Islam adalah agama yang syumul, malah adab berpidato juga ada dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. Dengan mengamalkan ajaran tersbut dengan sebaik-baiknya barulah kita dapat menyerlahkan keindahan agama Islam kepada umat-umat lain.
“Ya Allah, kami bersyukur kepada-Mu kerana telah limpah kurniakan perut bumi ini dengan minyak yang banyak. Tetapi ya Allah, pemerintah yang Engkau takdirkan untuk kami terus bermaharajalela dengan rasuah dari hasil bumi yang Engkau limpahkan kepada kami. Dengan itu, ya Allah, aku memohon kepada Engkau agar Engkau hapuskan mereka dari menjadi khalifah-Mu di bumi Malaysia ini.
Seorang pengikut ajaran sesat Islam Liberal melalui postingnya yang bertajuk “Try Denying THIS” (merujuk kepada kajian yang kononnya membuktikan teori evolusi Darwin) dan barangkali menyangka bahawa inilah bukti kukuh mengenai wujudnya teori (ingat, masih teori!) evolusi Darwin, yang secara asasnya menafikan bahawa kejadian asalnya daripada Allah s.w.t. dan manusia adalah hasil “evolusi” beruk dan monyet. Hasil kajian di atas hanya spesifik kepada bakteria dan organisma kecil, dan bukannya merangkumi kejadian alam secara umum. Masih tidak ada bukti kukuh mengenai wujudnya teori “evolusi” ini dan para pembaca boleh merujuk kepada tulisan-tulisan Harun Yahya yang menyanggah teori evolusi Darwin ini sebagai produk daripada pemikiran sekular yang tidak mengenal Tuhan.
Sesungguhnya memang jelas akan kesesatan golongan Islam Liberal yang cuba untuk mempertahankan suatu teori sekular yang bukan sahaja tidak diiktiraf oleh kebanyakkan saintis dunia, malah ia ditolak di dalam al-Qur’an and Hadis itu sendiri. Kita harus menyoal mereka, apakah sebenarnya kepercayaan mereka mengenai al-Qur’an, Hadis dan Islam secara umumnya? Sekiranya mereka ingin mempertahankan teori bobrok seperti ini, maka jelas bahawa iman mereka adalah diragui dan mereka harus memberikan bukti mereka jika sungguh bahawa mereka berada di pihak kebenaran!