Pendapat Kritis

RSS Feed
Kedai Online

Ironi?

“Bang, kat sini boleh tukar duit raya ke tak?”

Komen Anda? 1
23 Jun

Lucu

Terjumpa laporan berita yang pada pandangan saya adalah amat lucu sekali. Lucunya adalah seperti lucunya kelakuan dalam cerita Pak Pandir yang dibaca ketika saya kanak-kanak dahulu. Anda bacalah sendiri berita tersebut. Kasihan, watak “Pak Pandir” di dalam cerita ini tidak tahu bahawa dunia Internet adalah dunia tanpa batasan.

Komen Anda? 0
15 Jun

Bertemu dengan blogger disebalik Rohaizad Dot Com

Minggu lepas aku bertuah kerana berpeluang untuk bertemu dengan pemilik blog Rohaizad Dot Com di Danga Mall, Johor Bahru yang dikuasai pemerintah sekular yang memakai nama parti politik berbahasa Inggeris. Barangkali ramai tidak kenal siapa itu Rohaizad, tetapi saya pasti mereka yang berkecimpung di dalam bidang internet entrepreneurship (ya, seperti saya juga!) lebih mengenali nama Weirdoux ataupun Bloggerman di Digital Point Forums. Kedua-duanya merujuk kepada orang yang sama yang saya jumpa tempoh hari. Izad memang seorang yang amat mesra dan mudah didekati, kami berbincang sehingga lebih dari sejam, malah saya terlupa seketika yang saya harus bergegas kembali ke Kuala Lumpur dalam kereta Proton Wira buruk saya yang hampir sepuluh tahun itu. Idea yang dikongsi untuk menjana wang dari internet memang banyak, hanya implementasi yang diperlukan. Tentunya kami akan bertemu lagi pada masa yang akan datang.

P.S. Kari laksa yang saya makan bersama Rohaizad di Danga Mall itu juga sedap.

Komen Anda? 0
13 Jun