Pendapat Kritis

RSS Feed


Benarkah orang Islam membenci orang Yahudi?

Allah s.w.t. berfirman:

“Serulah ke jalan Tuhanmu [wahai Muhammad] dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka [yang engkau serukan itu] dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Surah an-Nahl: ayat 125)

Seperti yang dijelaskan dalam posting asal saya mengenai isu ini, saya sedia mengajak seorang blogger Kristian yang bermazhab Katolik untuk membincangkan isu ini secara terbuka dalam bentuk format perdebatan, agar memberikan pertimbangan adil kepada kedua-dua pihak mengenai isu ini. Pendirian saya adalah perkara ini adalah tidak benar sama sekali, bahawa orang Islam tidak membenci bangsa Yahudi dan tahu membezakan antara mereka yang jelas ikhlas dalam mengamalkan ajaran mereka dan golongan Zionis yang kini sedang memporak-perandakan masyarakat Arab di wilayah Palestin yang terjajah.

Maka saya amat tidak bersetuju dengan soalan yang dibuat oleh beliau secara retorik:

“Why must ask Malaysians of a certain faith to stick together to be wary of the Jews? Why need to warn them? Like we have not enough problems of our own? Smaller, daily routine problems.”

(Terjemahan bebas: Mengapakah harus rakyat Malaysia dari agama itu diseru untuk bersatu dan mempunyai syak-wasangka terhadap bangsa Yahudi? Mengapa harus (mereka) diberi amaran? Bukankah kita sudah mempunyai masalah lain (yang lebih penting)?)

Saya rasa adalah amat jelas apakah “agama itu” yang dimaksudkan oleh beliau.

Maka atas kesedaran itu, saya mengajak beliau secara terbuka untuk berdebat dengan saya mengenai kenyataannya, adakah ia benar dan apakah bukti-bukti yang beliau boleh tunjukkan bahawa mereka yang “beragama itu” memang benci akan bangsa Yahudi, sedangkan pernyataan ini tidak benar sama sekali.

23 Aug

Tiada komen »

Tiada komen yang ditinggalkan.

Tinggalkan komen anda