Pendapat Kritis

RSS Feed
Kedai Online

Inilah Kebenaran berwajah baru!

Alhamdulillah, akhirnya setelah menunggu sekian lama untuk disiapkan, laman web Inilah Kebenaran kini sudah berwajah baru! Sebuah projek sosial yang dibawakan khas kepada anda oleh VCTech Network (001804916-X), ia kini memiliki konsep yang lebih menarik dan padat dengan artikel-artikel yang dikemaskini untuk menjawab hujah-hujah yang sering dilemparkan oleh golongan misionaris Kristian yang sejak dari dahulu lagi merupakan “duri dalam daging” di dunia Nusantara ini. Tentunya anda akan lebih tertarik lagi dengan konsep laman web ini dan ingin menghabiskan masa yang lebih lama untuk melayari laman web Bismika Allahuma dalam versi Bahasa Melayu/Indonesia. Sila lawati laman web ini jika anda ingin mendalami pengetahuan anda tentang perbandingan agama, terutamanya mengenai asas ajaran agama Kristian dan bagaimana Islam mengatasi fahaman palsu yang dibawa oleh ajaran ini.

Komen Anda? 0
26 Oct

Naifnya etika libertarianisme

Sebuah artikel yang diterbitkan oleh UmmahOnline.com dan ditulis oleh Armada Riyanto, bertajuk Kenaifan Etika Libertarian dan menarik untuk dibaca. Secara rumusannya, artikel ini membincangkan sejarah falsafah libertarian dan nilai-nilai yang didokong oleh fahaman libertarianisme, sehingga pada akhirnya:

…[P]erspektif libertarian menyebabkan “kegilaan” aneka fikiran, keputusan, dan tindakan yang ternyata mengugat tata nilai tradisional kehidupan bersama. Atas nama libertas, manusia seolah ada dalam ruang kosong penerokaan dengan risiko apa saja, termasuk kemungkinan menghina atau menyakiti yang lain.

Maka jelas bahawa “kegilaan” ini adalah merujuk kepada naifnya fahaman libertarianisme yang menganggap bahawa manusia memiliki kebebasan mutlak dalam perlakuan mereka tanpa dikawal-selia oleh moral dan etika agama. Betapa dungunya dan naif nilai falsafah libertarianisme ini!

Komen Anda? 1
16 Oct

Kisah satira YB J

Sebelum beruk-beruk dan monyet-monyet dari parti politik PETIR melompat dan meraung mengenai tulisan sastera (yang saya klasifikasikan dalam genre satira) yang baru-baru ini diterbitkan di Utusan Malaysia dan mengundang kontroversi, eloklah mereka membaca tulisan tersebut dari konteks sastera dan bukannya politik. Walaupun ada percubaan sesetengah pada pandangan saya untuk menyamakan watak “YB J” dalam tulisan satira ini kepada YB Seputeh, tetapi diselitkan juga secara ringkas kisah watak “Su Lan” dan keluarganya yang diserang dengan bom petrol di rumah mereka (jelas merujuk kepada insiden serangan bom petrol di rumah YB Seputeh). Maka saya tidak fikir bahawa watak “YB J” adalah merujuk secara khusus kepada YB Seputeh.

Itu jika dikupas dari segi sastera. Lainlah pula ceritanya jika ia dikupas dari segi politik.

Komen Anda? 1
16 Oct

Keputusan

Setelah menimbang dan memikirkan kembali mengenai kemampuan untuk menampung keputusan tersebut, saya telah membuat suatu keputusan yang bakal mengubah gaya hidup. Keputusannya adalah…

Cubalah fikirkan sendiri :mrgreen:

Komen Anda? 3
14 Oct

Datuk Shah Rukh Khan?

Saya kurang pasti apakah sumbangan atau ketimbang merit yang dimiliki oleh beliau kepada negeri Melaka khasnya dan Malaysia umumnya yang melayakkan Shah Rukh Khan untuk menerima gelaran “Datuk”. Memang diakui bahawa beliau merupakan seorang pelakon Bollywood yang terkenal tetapi apakah sumbangannya kepada Malaysia selama ini? Adakah ia setakat menghiburkan rakyat dengan lagu Kuch Kuch Hota Hai?

Komen Anda? 7
10 Oct

Selamat Hari Raya Fitrah

Selamat Hari Raya Fitrah

Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Fitrah (Eid Mubarak!) kepada para pembaca khasnya dan kepada semua umat Islam di seluruh dunia umumnya. Minta maaf kerana terlambat memberikan ucapan selamat hari raya kerana sibuk dengan urusan peribadi. Tahun ini Hari Raya Fitrah disambut dengan sederhana oleh saya kerana diraikan di rumah sahaja. Ditambah pula dengan masalah kesihatan di pagi Raya dan terpaksalah saya terperap di bilik sahaja sepanjang hari.

Namun saya bersyukur kerana dapat menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadan. Semoga ibadat kita diterima Allah s.w.t. dan berjumpa di tahun depan, ya Ramadan!

Komen Anda? 1
04 Oct