Pendapat Kritis

RSS Feed


Adakah yoga dibenarkan di dalam Islam?

Nampaknya sudah riuh satu Malaya apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengumumkan bahawa fatwa sama ada Islam membenarkan yoga atau tidak akan dikeluarkan tidak lama lagi. Malangnya, apabila persoalan yang melibatkan akidah umat Islam hendak diselesaikan, mulalah musuh-musuh Islam dari kiri dan kanan mengeluarkan “fatwa” mereka sendiri, seolah-oleh merekalah yang layak bertindak sebagai undang-undang, hakim dan juri, semuanya dalam satu! Lebih lucu lagi apabila golongan Islam Liberal melabelkan perkara ini sebagai “Fatwa-titis”. Saya ingin menghujat mereka dengan menyatakan bahawa merekalah yang sebenarnya dihinggapi penyakit Munafik-titis dan golongan yang selama ini menjadi duri dalam daging bagi umat Islam seantero dunia sejak sekian lamanya.

Selanjutnya…

Komen Anda? 2
30 Oct

Khir Toyo yang assabiyyah

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohd Khir “penyapu” Toyo dan YB Saifuddin Nasution baru-baru ini muncul di dalam rancangan Hujah di TV9. Topik yang dibincangkan adalah mengenai kuasa politik orang Melayu-Islam secara amnya dan implikasi 8 Mac 2008 kepada kedudukan orang Melayu dan Islam di dalam negara ini. Mungkin badi “penyapu” itu masih terlekat kepada Dr. Khir, kerana beliau melontarkan pendapat yang pada pandangan saya begitu rasis dan berbau assabiyyah.

Selanjutnya…

Komen Anda? 0
29 Oct

Siapa yang masih ingat lagi Maero Attack?

Kebetulan saya terjumpa video lagu tema dari siri rancangan bola tampar Jepun yang dialih-bahasa ke dalam Bahasa Melayu, bertajuk Maero Attack, di portal video YouTube. Saya masih ingat lagi bahawa saya amat meminati rancangan tersebut, sehinggakan pada suatu ketika saya melibatkan diri di dalam sukan bola tampar disebabkan terpengaruh dengan rancangan ini. Kisahnya secara ringkas adalah mengenai seorang pemain bola tampar wanita yang ingin menjadi seorang juara di dalam sukan bola tampar, dan menggunakan teknik-teknik “khas” yang amat menarik mata memandang.

Sayangnya rancangan ini tidak ditayangkan lagi. Bilalah agaknya RTM akan menayangkannya semula?

Kemaskini: Saya terjumpa pula dengan artikel ini mengenai seorang penulis blog yang menceritakan pengalamannya dengan Maero Attack.

Komen Anda? 6
28 Oct

Inilah Kebenaran berwajah baru!

Alhamdulillah, akhirnya setelah menunggu sekian lama untuk disiapkan, laman web Inilah Kebenaran kini sudah berwajah baru! Sebuah projek sosial yang dibawakan khas kepada anda oleh VCTech Network (001804916-X), ia kini memiliki konsep yang lebih menarik dan padat dengan artikel-artikel yang dikemaskini untuk menjawab hujah-hujah yang sering dilemparkan oleh golongan misionaris Kristian yang sejak dari dahulu lagi merupakan “duri dalam daging” di dunia Nusantara ini. Tentunya anda akan lebih tertarik lagi dengan konsep laman web ini dan ingin menghabiskan masa yang lebih lama untuk melayari laman web Bismika Allahuma dalam versi Bahasa Melayu/Indonesia. Sila lawati laman web ini jika anda ingin mendalami pengetahuan anda tentang perbandingan agama, terutamanya mengenai asas ajaran agama Kristian dan bagaimana Islam mengatasi fahaman palsu yang dibawa oleh ajaran ini.

Komen Anda? 0
26 Oct

Naifnya etika libertarianisme

Sebuah artikel yang diterbitkan oleh UmmahOnline.com dan ditulis oleh Armada Riyanto, bertajuk Kenaifan Etika Libertarian dan menarik untuk dibaca. Secara rumusannya, artikel ini membincangkan sejarah falsafah libertarian dan nilai-nilai yang didokong oleh fahaman libertarianisme, sehingga pada akhirnya:

…[P]erspektif libertarian menyebabkan “kegilaan” aneka fikiran, keputusan, dan tindakan yang ternyata mengugat tata nilai tradisional kehidupan bersama. Atas nama libertas, manusia seolah ada dalam ruang kosong penerokaan dengan risiko apa saja, termasuk kemungkinan menghina atau menyakiti yang lain.

Maka jelas bahawa “kegilaan” ini adalah merujuk kepada naifnya fahaman libertarianisme yang menganggap bahawa manusia memiliki kebebasan mutlak dalam perlakuan mereka tanpa dikawal-selia oleh moral dan etika agama. Betapa dungunya dan naif nilai falsafah libertarianisme ini!

Komen Anda? 1
16 Oct