Pendapat Kritis

RSS Feed
Kedai Online

Bilakah kita akan melihat ini di Malaysia?

Saya amat mengkagumi usaha ICNA (Islamic Circle of North America) membawa metod dakwah yang amat kreatif di bandaraya Chicago di Amerika Syarikat. Gambar ini merupakan sebahagian daripada kempen mereka untuk membawa mesej Islam kepada para penduduk di kawasan sekitarnya. Malangnya negara kita ini yang sering diwar-warkan sebagai “negara Muslim” (bukan “negara Islam”) yang dikira agak termaju di dunia Islam amat terkebelakang di dalam berdakwah dan memperkenalkan mesej Islam kepada mereka yang bukan Islam. Adakah JAKIM mampu melaksanakan inisiatif seperti ini dengan mempamerkan iklan hotline Islam di bas-bas RapidKL?

Komen Anda? 6
23 Sep

Mengingati Nurin Jazlin setahun kemudian

Saya sempat membaca artikel dari Sinar Harian mengenai keluarga Allahyarhamah Nurin Jazlin setahun selepas tragedi menyayat hati yang berlaku pada tahun lepas. Saya berasa amat sedih melihat bagaimana keluarga Allahyarhamah cuba untuk meneruskan kehidupan tanpa kehadiran Allahyarhamah di sisi mereka.

Luka di hati keluarga Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin masih belum sembuh sungguhpun telah genap setahun kanak-kanak malang yang berumur sembilan tahun itu dibunuh secara kejam oleh manusia yang tidak berhati perut.

Bagi Jazimin Abdul Jalil, 34, dan isterinya Norazian Bistaman, 36, kenangan terhadap anak kedua mereka itu terus segar terutama dalam menjalani ibadah puasa dan menjelang sambutan Aidilfitri.

Ini merupakan kali kedua mereka menyambut hari raya tanpa kehadiran “kak ngah” di kalangan empat beradik itu.

Sungguhpun pahit untuk ditelan, namun bagi Jazimin, isteri serta tiga lagi anak mereka, terpaksa merelakan pemergian Nurin dan redha dengan ketentuan Ilahi.

Selanjutnya…

Komen Anda? 1
18 Sep

Kenyataan TG Nik Aziz mengenai peralihan kuasa 16/9

RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA

1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.

2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskan oleh Muktamar secara “standing ovation”.

3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.

Selanjutnya…

Komen Anda? 0
17 Sep

Menunggu pertukaran kerajaan 16/9

Kita menunggu dengan sabar detik di mana akhirnya pemerintahan Putrajaya beralih tangan daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat yang diketuai DSAI. Saya yakin bahawa inilah saat yang ditunggu oleh seluruh rakyat Malaysia, dan langkah ke Putrajaya sudah semakin hampir. Walaupun tiada perubahan kerajaan pada hari ini, namun peralihan kuasa akan tetap berlaku juga pada masa terdekat ini kerana rakyat umumnya sudah muak dengan mentaliti civil servant penguasa sekarang ini yang terkenal dengan “menantu” dan “tidur” sahaja.

Nyahlah Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, mara terus!

Komen Anda? 0
16 Sep

Petisyen tidak ada kaitan dengan azan

Selepas saya membaca petisyen asal yang dikemukakan oleh para penduduk bukan Islam di sekitar kawasan Bandar Kinrara Seksyen 5, saya mendapati bahawa persoalan mengenai laungan azan langsung tidak ditimbulkan, sebaliknya ia adalah berkaitan dengan kuliah subuh dan ceramah maghrib yang dibunyikan terlalu kuat dan menganggu ketenteraman penduduk di sekitarnya. Walaupun saya berpendapat bahawa isu ini adalah terlalu remeh untuk ia dikemukakan sebagai suatu petisyen (sebaiknya wakil penduduk berjumpa dengan pihak masjid untuk menyelesaikan masalah ini) namun disebabkan isu ceramah di waktu-waktu tertentu dikelirukan dengan laungan azan sehingga menyebabkan YB Teresa Kok, ADUN Kinrara dari DAP, ditangkap di bawah akta ISA, maka seharusnya pihak yang terlibat, terutamanya mereka dari UMNO yang cuba memainkan sentimen perkauman dengan polemik ini, merujuk kembali petisyen asal yang dibuat.

Adakah ahli-ahli UMNO tidak mampu untuk membezakan antara laungan azan dengan kuliah/ceramah Subuh dan Maghrib?

Komen Anda? 5
14 Sep

Raja Petra Kamaruddin wajar dikenakan tindakan

Pertama sekali, saya tidak menafikan bahawa saya setuju adalah amat wajar pengendali portal berita (bukan penulis blog!) Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, dikenakan tindakan undang-undang disebab kandungan portal berita beliau yang memberikan terlalu banyak ruang kepada mereka yang berpenyakit mentaliti menghina, mencemuh, mengecam dan mengutuk Islam dan amalan-amalan Islam yang berkaitan. Ditambah pula dengan pegangan RPK yang bersifat Islam liberal dan sering mempersoalkan hukum-hukum Islam yang sudah termaktub di dalam al-Qur’anul Karim (sebagai contoh, penutupan aurat wanita yang dijawab oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman), maka saya berpendapat adalah wajar beliau dikenakan suatu tindakan yang bersifat menghukum dan mempertanggungjawabkannya di atas kenyataan-kenyataan yang dibuat selama ni.

Selanjutnya…

Komen Anda? 0
13 Sep