Pendapat Kritis

RSS Feed

Dua berita hangat

Hari ini merupakan hari yang sangat menarik kerana dua berita hangat yang berlaku secara serentak pada hari ini.

Berita pertama:

Wan Azizah umum letak jawatan Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Ismail hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Katanya, pengundurannya itu bagi membolehkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi itu dalam pilihan raya kecil

Berita kedua:

Pas putus tiada kerjasama dengan Umno

KUALA LUMPUR: Pas hari ini memutuskan tiada sebarang kerjasama atau perkongsian kuasa antara parti itu dengan Umno sama ada di peringkat pusat atau negeri.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan demikian selepas jawatankuasa khas Pas Pusat mengadakan perbincangannya pagi ini.

Bagaimanapun beliau berkata, parti itu memutuskan akan mengadakan pertemuan dengan Umno dalam apa sekalipun istilah yang digunakan sama ada muqabalah atau muzakarah demi kepentingan Islam dan orang Melayu.

Nampaknya harapan supaya kerajaan United Melaun National Organisation (atau singkatannya U.M.N.O.) dan B.N. digulingkan sudah semakin menjadi kenyataan dan PAS/Pakatan Rakyat sudah mula mara ke Putrajaya. Takbir!

Komen Anda? 0
31 Jul

Konsert Inul di JB dan KL dibatalkan

Alhamdulillah! Itu yang saya dapat ucapkan apabila mendapat tahu bahawa konsert Inul Darasita, yang terkenal dengan aksi lucah goyang gerudi/goyang ngebor dibatalkan di Malaysia. Reaksi Inul kepada pembatalan pertama, saya melihat agak ekstrim sedikit. Mengapakah beliau begitu emosional dan memberikan reaksi yang saya rasa tidak membayangkan suatu sikap yang profesional langsung?

Mereka memberikan alasan bahawa konsert Inul dibatalkan atas alasan “misteri”. Saya rasa memang tidak ada misteri langsung mengenai hal ini kerana kita sudah tahu apa sebabnya konsert Inul dibatalkan. Kami rakyat Malaysia tidak perlu akan aksi-aksi lucah seperti ini di sini!

Komen Anda? 2
30 Jul

Laporan perubatan Hospital Pusrawi

Jika benar Saiful Bukhari telah diliwat, mengapakah laporan perubatan daripada Hospital Pusrawi memberikan kenyataan yang sebaliknya?

Saya berasa amat sukar untuk menafikan bahawa si Saiful ini adalah seorang pembohong dan laporan polis terhadap DSAI dibuat disebabkan konspirasi yang didalangi pihak-pihak tertentu. Tidak tahulah saya kalau ahli-ahli UMNO/BN yang masih mahu menegakkan benang yang basah berkata sebaliknya…..

Komen Anda? 0
30 Jul

Sudah bertunang

Majlis pertunangan diadakan dalam keadaan sederhana di rumahnya di Pontian, Johor dan dihadiri oleh sanak-saudara dan rakan taulan yang terdekat. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan dengan rasminya saya sudah bertunang dengan Awin yang tersayang.

Komen Anda? 6
21 Jul

Menunggu hari pertunangan

Sabtu ini, insya’ Allah akan dilangsungkan pertunangan saya dengan Awin. Segala persiapan sudah dijalankan dan barang-barang hantaran sudah dibeli. Hati berdebar menunggu saat itu, berasa sedikit cemas tetapi saya ingin meneruskannya kerana saya sedar hubungan harus diteruskan ke peringkat berikutnya.

Komen Anda? 0
18 Jul

“Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak”

Saya sudah menonton siaran langsung Debat Khas anjuran AgendaDaily yang bertajuk “Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak” dan memang jelas bahawa pihak kerajaan (yang diwakili oleh Menteri Penerangan) tidak mampu untuk memberikan alasan yang munasabah mengapa subsidi dikurangkan dan harga minyak dinaikkan dengan begitu mendadak sekali sehinggakan menyebabkan kesusahan kepada rakyat.

Rohaizad ada mengulas mengenai butir-butiran lanjut di dalam debat ini yang saya bersetuju 100%, jadi saya tidak perlu menambah di sini, terutamanya mengenai serangan peribadi ke atas DSAI yang langsung tiada kaitan dengan topik perdebatan.

(Selanjutnya…)

Komen Anda? 2
16 Jul