Pendapat Kritis

RSS Feed
Kedai Online

Memang berita buruk

Disebabkan kependekan akal seorang Perdana Menteri untuk menaikkan harga petrol secara mendadak, saya sebagai seorang self-confessed “ulat buku” terpaksa mencari hobi yang lain apabila harga kertas telah juga naik secara mendadak dan menyebabkan kos membeli buku semakin tinggi. Nampaknya saya tidak boleh lagi membeli buku-buku baru buat masa ini sehinggalah situasi kewangan saya kembali stabil. Memang ini merupakan berita buruk bagi saya.

Terima kasih kepada Pak Lah, kerana telah berjaya membunuh minat membaca di kalangan rakyat Malaysia. Satu lagi projek kera-jaan Barisan Nasional!

Hat-tip: Tok Mudin

Komen Anda? 2
22 Jun

Tiada kemaskini

Saya meminta maaf kerana tidak dapat mengemaskini blog ini disebabkan masalah gangguan perkhidmatan internet Streamyx di rumah saya. Maka saya terpaksa “melompat” dari sana ke sini untuk mendapatkan sambungan internet melalui sistem WiFi yang disediakan oleh komputer riba saya di tempat-tempat seperti Starbucks dan sebagainya. Mungkin minggu depan barulah perkhidmatan internet jalur lebar di rumah saya akan pulih semula.

Kebetulan pula perkembangan politik tanah air pada masa kini amat menarik dengan kegiatan “lompat-melompat” juga.

Komen Anda? 1
20 Jun

Minak Ko Ore Tino

Memang hebat orang Kelantan ni, sehinggakan mereka membuat lagu “Pecinta Wanita” (oleh Irwansyah) dalam versi Kelate. Maaf, saya bukannya orang Kelantan, saya berasal dari Pulau Pinang jadi dialek yang saya faham cuma dialek Utara. Ada sesiapa yang ingin cuba menyanyikan semula lagu ini dalam loghat Utara?

Komen Anda? 0
18 Jun

Gambar Batuan Tengah

Merujuk kepada kes ICJ di mana kita kehilangan sebuah pulau tetapi mendapat batu-batuan sahaja, inilah gambar Batuan Tengah (Middle Rocks) yang kita anggap sebagai situasi “menang-menang”.

Benarkah kita di dalam situasi “menang-menang” dengan Singapura? Anda fikirlah sendiri.

Komen Anda? 2
17 Jun

Pemimpin go blog

Ramai dari pemimpin UMNO aku rasa yang sudah membuat keputusan untuk “go blog”, mungkin mereka ingat menulis di dalam blog adalah semudah menulis BDV-184260-BDV. Hakikatnya adalah bukan begitu. Saya berani jamin bahawa mereka tidak akan kekal mempertahankan blog mereka selamanya. Berilah masa dalam 3 hingga 6 bulan, barangkali blog mereka akan pupus dalam tempoh tersebut.

Komen Anda? 0
17 Jun

Nyatakan bantahan kenaikan takrif elektrik dengan “Cadangan Bodoh 2″

Mari kita ramai-ramai melakukan bantahan terhadap kenaikan Takrif Elektrik dengan melaksanakan “Cadangan Bodoh 2″, iaitu:

Tepat pada jam 10 malam, pada 1 julai 2008, tutup semua sumber elektrik selama 1 jam.

Sila salin dan tepekkan catatan blog ini dan siarkan di blog anda sebagai tanda sokongan. Artikel lengkap sila klik di sini.

Komen Anda? 1
17 Jun